Jangan kau tembak semangat yang datang.
Jangan kau tembak perasaan yang hadir.
Jangan kau tembak peluang yang diberi.
tapi.
Ada masih punyai manusia yang menadah tembakan demi melihat perubahan insani. Biar sakit tapi tetap utuh kuat pegang pada janji yang di pegang.
tapi.
Sampai masanya jika tembakan kau masih kau lepaskan, silap kau,
kerna dia akan lari sejauh-jauhnya tanpa mahu menoleh melihat engkau yang masih dengan senapang patah.
Jangan kau minta, rayu lagi sekali sesudah kau bazirkan setiap peluhnya,
Semoga kau masih ada ciri nilai insaf. Permainan kau masih terus diperhati tanpa kau sendiri mampu hadapi.
No comments:
Post a Comment