"Poetry doesn't have to ryhme, it just has to touch someone where your hands couldn't"

Thursday, May 15, 2014

Asrama itu Unik


Senarai nama untuk dikeluarkan dari asrama tanjung belalang hijau.
  1. Cik Siti Wan Kembang
  2. Puan Kalsom
  3. Minah JOyah Gigi Besi
  4. Penglipur Lara
  5. Cik Teddy Bear
Sebarang rayuan tidak dibenarkan sama sekali dan dilarang sama seklai penghataran percuma walau dalam sehelai kertas A4 berwarna. Anda tidak akan dilayan dan akan dipinggirkan duduk sahaja di luar pintu.

"Hermmmm...kenapa nama aku kena kawan aku lepas, padahal kesalahan sama-sama, apa lebihnya dia pun aku tak tahu" ngomel Minah Joyah dalam hati yang tak ada la remuk mana. Saja nak buat drama untuk diri sendiri.
"Lantak pi la korang pihak atasan, Allah dah tulis untuk aku. Mesti ada hikmah, biarpun cara engkau keluarkan macam budak sekolah asrama" bentak hatinya lagi. Haaaaaaaaa!!

Sudah lali dengan cara dan trick yang dibuat tambah pihak atasan asrama tanjung ni. Tak tahu pun si Minah Joyah ni akan dapat info yang sahih dari mulut mulut WANGI sesetengah insan dalam asrama ini. Dia pun tidak pasti apa point untuk dia kena tahu padahal yan si pemberitahu pun satu team la dengan pihak atasan yang buat pilihan. Tak ke talam dua muka? Fikirkan dan selamat berfikir.

Minah Joyah hidup macam biasa menghabiskan saat-saat di asrama ini tanpa perlu menangis melalak macam orang hilang laki. Malah, rezeki berduyun datang nak bagi rumah sewa padanya. Sampaikan dia rasa dirinya seperti Bintang Ceria Popstar! Gituh puyer orang pun ada!

Ketika inilah dapat lihat mana kawan mana lawan mana batu api mana batu sungai. Tiba-tiba Minah ni terdengar satu cerita dari Cik Teddy Bear.....
"Pihak atasan tanya aku kenapa nak keluar asrama? Kamu kan budak baik?" cerita Cik Teddy dengan lagaknya.
sambung dia lagi "Padahal aku pun surau mana pernah jejak! Hahahaha. Jawatan langsung tak beri sumbangan apa-apa tapi boleh dia cakap macam tu?"suka dia sambil makan kokorunch yang agak lemau tu.

Minah Joyah memerhati dengan senyuman sinis sambil berfikir "Cantik permainan kau pihak atasan ooiii!!"

Sesuai dengan pepatah kanak-kanak "Sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah jua!"

Seminggu lepas itu, Minah JOyah denganr lagi perbualan rakan semati yer.

"Kau nak tahu kan Penglipur Lara kena keluar , boleh jer pihak atasan bagi borang permohonan? Aku pun pelik kenpa macam tu pulak. Sedangkan puyer la panjan dia taip jangan itu la ini la",komen sakan semati yer itu dengan mimik muka yang agak serius.

Minah Joyah senyum sambil berkata dalam hati "Busuk juga hati kau pihak atasan, nak buat sesuatu biarlah fikir dulu, cara lama macam ni orang tak buat dah, tunggu lah anak kau nanti yang akan rasa"

Minah Joyah pun beredar lantas tersenyum puas kerana berjaya membakar asrama Tanjung Belalang Hijau dengan bahagianya.

Tiada lagi komen, ngomelan, kutukan, umpatan yang dia dengar. Tetapi hanya sayup-sayup jeritan meminta tolong dan mengenrang kesakitan.

Selesai sudah misinya memulangkan semula insan insan yang hanya tahu beri keputusan yang tidak adil dan saksama ke tanah kubur yang enam kaki dalamnya.


Sesiapa lagi yang nak hidup pastikan adil dan saksama, jangan pillih bulu sebab bulu itu belum tentu sama panjangnya. Jangan buat dusta kerna hidup kau pasti merana dengan penyakit kusta yang hamis.



------------------------------------------------------------------------------------------------------------

"Weyh kau baca apa tu?" tanya Suri pada Siti.
"Ni haaa, cerita asrama Tanjung Belalang Hijau yang kecoh suatu masa dulu", jawab Siti tanpa memandang rakan karibnya itu sambil memberi helaian itu kepada Suri dan berlalu dengan satu senyuman penuh makna.


No comments: