"Poetry doesn't have to ryhme, it just has to touch someone where your hands couldn't"

Friday, July 11, 2014

Gadis terbuang

Pedih! Perit!
Ku lihat dari jauh gelagat gadis terhenjut-henjut bahu menahan pilu.
Ku ingin menyapa, namun kaki masih kaku.
Ku terus perhati bersama Tuhan ku.
Ku lihat dia merenung satu tumpu. Tepat. Tajam.
Dia mula melangkah dengan tangan digenggam erat timbul urat.
Ya! jelas mataku lihat urat di tangannya.
Kalau aku mampu melihat dalam hatinya mungkin aku sendiri gerun.

Gadis itu melangkah tertib dengan satu haluan terus tanpa memandang dunia sekelilingnya.
Aku masih mampu perhati bersama Tuhanku.
Gadis itu tertunduk lamanya sambil kaki terus melangkah melalui kawasan gelap itu.
Allah! Sedarkah dia?
Gadis itu muncul kembali dengan satu senyuman sayu yang entah dituju pada siapa ku tidak pasti
Kerna hanya ada kereta lalu lalang dan manusia yang tidak langsung menghiraukannnya.
Jelas dia masih mampu tersenyum manis sambil mata mula merona merah darah.
Allah! Apakah aku hanya mampu perhati tanpa melakukan apa-apa?
Tuhan ku! Bantui dia!

Aku melihat dia terhenti dengan satu tatapan sayu memandang satu tuju. 
Mungkin dia masih mengimbau saat apa yang berlaku tadi.

Ya! dari dalam sebuah kotak dia merayu meminta belas kasihan untuk diampunkan
oleh seorang manusia yang belum tentu syurga ataupun neraka tempatnya.
Tapi dia terus merayu tanpa fikirkan maruah diri yang dipersembahkan pada hamba Tuhanku.
Ya! Dia masih terus merayu sehingga satu saat ku lihat dia terhenti menyeka air mata dan terus berusaha bersalam mohon ampun pada manusia itu dengan sekuat daya.
Gadis itu kemudian keluar dari kotak pilu itu dan sekarang aku masih melihat dia termenung masih tidak meneruskan langkah.

Mata ku aku pastikan tidak terlepas satu detik pun untuk perhatikan gadis pilu itu.
Aku berharap dia masih teruskan langkahnya kerana di belakangnya banyak durjana yang terbiar.
Allah! Tuhan dengar juga pintaku, gadis itu terus melangkah dan melangkah.....
sehinggalah....

Gadis itu berdiri dengan saki baki air mata yang penuh di hijabnya. Pakaian yang tidak ditukar dari tadi. 
Kenapa sebegitu jadinya? Dia menuju ke rumah Tuhanku. Ya! Dia masih menangis tanpa peduli mata liar manusia berkopiah berselubung kain putih di sekelilingnya yang hanya tahu memerhati seperti ku.

Andai aku mampu mendekatinya akan ku pimpin dia jalan dengan sekuat kudratku kerna aku merasakan dia selemah-lemah wanita.

Tiba-tiba pandangan mataku gelap gelita. Aku terkial-kial mencari sumber cahaya.
Kenapa? Kenapa? Aku masih mahu melihat keadaan gadis itu!

"Cukup! Aku tidak mahu kau terus melihat gadis itu. Cukup nanti kau yang alpa dengan Tuhan mu.
Kau yang hidup banyakkan doa untuk saudaramu! Jangan hanya berasa belas kasihan tetapi tunjukkan dengan doa engkau pada Ku. 
Aku sentiasa ada untuk setiap umatKu. Dia sendiri sedang mencari Tuhan yang dulu dia alpa."

Tap! Dunia terus gelap mati seperti hampir matinya zahir dan batin gadis itu.

No comments: