"Poetry doesn't have to ryhme, it just has to touch someone where your hands couldn't"

Friday, August 29, 2014

Hentaman beradu

................................................
................................................
................................................
................................................
................................................
................................................                                                                                               ..................

Lu,
______________________________________________________________.

Berdukacita dimaklumkan anda dijatuhkan hukuman hentaman beradu yang paling perit atas tuduhan yang berasas. 

2. Atas sebab anda telah memburukkan manusia lain sehingga perlu mengambil sentapan padu, anda dijatuhkan hukuman lahabau. Hukuman yang bakal menyeksakan jiwa raga anda sendiri. Terimalah.

Sekian, 

Yang menjalankan tugas,
____________________
(Malaikat bumi)




---------------------------------------------------------------------------------------------------------

Allah! Ampuni aku. Dosaku bergunung. Khilafku berdebu. Masih mencari punca hakiki. Hentaman ini perit Ya Rabb. Tanpa ku tahu khilafku yang hakiki. Ku terawang-awang tanpa bantuan. Ujian apa yang kau tulis di Luh Mahfuz itu. Mungkin...mungkin..ku belum berhak miliki kebahagiaan yang sentiasa ku panjatkan doa padaMu. Ku tidak menyalahkan Pencipta apatah lagi manusia sekeliling. Ya! Manusia lain pun ada takdirnya di Luh Mahfuz yang sudah termaktub. Ku dan mereka hanyalah menjalankan drama pementasan dunia.

--------------------------------------------------------------------------
Murni melipat semula kertas yang dikirim dari makhluk tidak bernama. Ya! Tanpa berfikir panjang dia melompat keluar tingkap meliaht dunia yang penuh dengan ketenangan dan pekikan lolongan yang mungkin simpati dengan keadaannya yang dia rasakan cukup waras ketika ini.

-----------------------------------------------------------------

PAAAP !! percikan darah memancar di sekeliling kerumunan manusia yang hanya tahu memerhati tidak pula mahu menyambut membantu. Ya! Murni lena dalam dakapan dirinya sendiri. Akhirnya dia boleh tidur lena dengan tenang-setenangnya. Alhamdulillah. 

No comments: