"Poetry doesn't have to ryhme, it just has to touch someone where your hands couldn't"

Tuesday, August 19, 2014

Penipu TEGAR!

Hujan kian lebat menjalankan tugas.
Guruh kilat hanya terdengar dalam ruang hati Saloma.
Ya! Aku datang untuk sampaikan sebuah pesanan tegar buat penipu tegar.

Santapan dari cerita Saloma untuk makhluk bumi semua.

Saloma digelar pencari masalah, namun itu tidak pernah buat beliau rasa teruk.
Pencari masalah itulah yang telah membuka kebenaran nyata!
Kebenaran yang cuba dikaburkan depan mata halus manusia lain,
tapi tidak mampu sembunyi di mata hati halus Saloma.
Tidak mungkin sama sekali !
Ya! Kau si jantan durjana!
Apa yang masih tidak cukup Saloma berikan ?
Apa yang masih tidak lengkap Saloma lakukan ?
Apa yang masih tidak indah di mata kau Ramlee!!

Tidak serik kau mengaburi mata hati Saloma. 
Tidak serik kau menyakiti hati Saloma.
Tidak serik kau melukai hati Saloma.
Tidak serik kau memberi harapan hati Saloma.
Tidak pernah kau serik menjadi penipu tegar Saloma!!!

Mungkin Ramlee masih ada alasan helah dirinya yang sendiri. 

tapi itu tidak cukup kuat untuk Ramlee bertindak seburuk itu di belakang Saloma.
Setia Saloma dikhianati.
Setia Saloma ditikam hampir mati.
Setia Saloma dibelot rakus.
Setia Saloma dikasari kasar.

Ouh ! Ramlee berapa banyak dara kau mahu suntikan jadi peneman.
Sedangkan Saloma kau curangi rakus tanpa perasaan.
Ramlee biarpun berkali kau mengundang durjana...
Berkali kau menghiris pisau di hati Saloma..
namun...
Saloma masih mampu berdiri senyum tanpa kau Ramlee tahu hakikat keadaan
rupa bentuk hati Saloma.
Pasti kau Ramlee tidak sanggup melihatnya. Aku pasti itu.
Ramlee masih buta.
Buta dengan bayangan dunianya sendiri.
Hanya kejarkan nafsu semata tanpa beringat janji untuk setia.
Ramlee manusia seperti Saloma masih ada sisa sayang,
jangan kau hapuskan serta merta,
Kelak Ramlee kau akan merana. pasti merana.

Jangan buruk Saloma kau balas dengan perbuatan keji kau Ramlee. 
Manusia tiada yang sempurna untuk kau Ramlee!
Sedar diri Ramlee!! Sedar diri!!

Tuhan adil Ramlee. Tuhan kau sayangkan engkau pasti akan balas apa yang kau telah lakukan pada Saloma.
Siap sedialah. Sediakanlah bekalan yang cukup untuk kau Ramlee hadapi 
MASA PEMBALASAN.


TAPPPPP!!!!! Hamparan dunia gelap...menutup kisah dua manusia yang menjadi mangsa dan pemangsa hidupan.
Mata pemerhati lantas menutup muka pena tanda selesai lakukan tugasan untuk beri khabar pada penduduk dunia yang dahagakan cerita buat santapan. Tutup!
                                                         

No comments: