"Poetry doesn't have to ryhme, it just has to touch someone where your hands couldn't"

Sunday, September 7, 2014

Mimpi ngeri


Bersabarlah wahai hati.
Kau hati yang paling kuat ku pernah rasai.
Kau asyik  memberi peluang.
Kau asyik percaya pada perubahan dunia.
Kau terlalu berharap pada yang jahat mampu jadi baik.
Kau terlalu banyak menagih doa pada yang Esa.
Kau ditumbuk padu helah manusia.
Kau ditembak bertalu cacian manusia.
Kau dihiris halus janji manusia.
Kau ditikam dalam cinta palsu manusia.

Tapi,
kenapa hati kau tak mahu membalas semula?
kenapa kau masih merintih mohon doa tapi tidak bertindak?
kau mampu balas semula segala jahilnya itu.

Kerna hati ini merasai hidup berkarma.
Hati ini tidak mahu ada hati yang lain sakit.
Hati ini percaya pada Pencipta.
Hati ini makin tabah, makin terus berjuang.


No comments: