"Poetry doesn't have to ryhme, it just has to touch someone where your hands couldn't"

Thursday, December 18, 2014

Aku okay

#Terima kasih Terfaktab untuk ini.


Dalam kedinginan malam, berpusu-pusu aliran chas tenaga untuk aku berfikir semula dan mengimbas semula setiap yang berlaku. Sekarang tiada apa-apa yang patut aku ingat, tapi aku manusia biasa yang masih mempunyai daya ingatan yang segar bugar. Aku tak tujukan pada sesiapa kerna sekarang aku tidak punyai sesiapa yang perlu aku jaga dalam dan luar. 

Dulu.....

Aku paling kau utamakan, sampai orang tak tahu, sudah tahu pasal hubungan kita. Kau ku lihat biasa, malah macam suka. Kau mula bertanggungjawab menjaga hati aku. Sedangkan aku tahu kau juga sibuk menjaga hati ex-ex kau misalnya. Jadi aku ini apa dan siapa? Tak apa. Aku bersabar. Kau mungkin dilema. Aku okay. Kita okay.

Kau layan orang lain baik-baik. Sampai personal text tanya “kau okay, kau okay?” Tapi aku kau tak pernah tanya. “Aku tak okay” sebab kau kenal aku seorang yang kuat, jadi kau tak payah ambil berat sangat pasal aku. Aku boleh handle sendiri. Aku okay. Kita okay.

Aku kuat cemburu. Perasaan itu dah mula ada, aku risau bila ada perasaan macam ni, itu tanda aku dah mula sayang sangat. Tapi bila aku tanya kau pergi mana, buat apa, dengan siapa, dah makan belum? Dan kesemuanya pertanyaan klise dan apa yang kau buat kau tak inform dah sampai aku kena tanya dan kau cakap “macam tak biasa” aku fikir aku terlalu mengongkong pula. Sampai dalam tidak sedar aku mengongkong senyap-senyap. Tapi itu semua kau sabar, sehingga saat kau buang aku kau gunakan itu sebagai alasan untuk cari pengganti aku. Padahal kau lupa, awal-awal dulu cemburu kau padaku aku boleh bersabar dan aku perbetulkan mana silap sehingga aku mahu aku pastikan kau okay. Aku okay kita okay. Maaf aku terlalu terambil berat saat itu.

Bila kita jadi selalu gaduh, layanan sesama kita jadi kurang. Mungkin aku nak kau pujuk dan kau nak aku “okay” dengan sendirinya dan berpura macam tak ada masalah. Aku terpaksa berpura demi menjaga hubungan kita ni ke? Aku mengalah. Aku okay. Kita okay. Dan hubungan kita okay.
Aku minta maaf, mungkin salah aku, aku nak kita berbaik, esoknya kau kata aku ulang lagi silap yang sama. Padahal sebenarnya punca itu datang dari kau. Aku tegur itu ini bukan nak perfect, tapi bawa berbincang macam mana sekalipun, serupa aku seorang saja yang pertahankan hubungan kita, dan kau sedang sibuk mencari penganti aku. Aku tahu jangan tipu. Aku okay. Kita okay. 

Aku dah tak tahu nak buat apa. Jadi aku berdiam diri. Kalau rindu kalau cinta dan sayang aku, cari dan ajaklah aku kembali. Rasa cinta itu ada, sayang itu masih ada. Tapi dalam kau tak sedar, kau dah buang aku. Tak apa, aku maafkan. Aku tahu kau sedang terleka. Mungkin.

Kita tak ada masalah, langsung. Kita okay. Aku okay kau okay. Mungkin kita perlukan masa dan ruang untuk merindu dan saat itu kau janganlah anggap aku tinggalkan kau. Hubungan ini okay. Okay pada aku untuk aku matikan ia perlahan-lahan. Okay? Banyak sangat kesalahan kau pada aku, terlalu banyak jadi kita tak payah berjumpa, tak payah berbincang sebab kau suka baca entry aku bukan? Jadi bercintalah dengan alam maya ni. Okay? 
Aku tidur dulu. 

No comments: