"Poetry doesn't have to ryhme, it just has to touch someone where your hands couldn't"

Tuesday, December 23, 2014

cebisan Xera

“arghhhhhh ! aku sunyi!!” jeritan itu dalam sedar tak sedar sudah mencecah kebingitan sampai ke lapisan ultra ungu. Tapi itu tidak menjejaskan apa-apa kerana makhluk lain menoleh sebentar dan teruskan dengan hal masing-masing tanpa mempedulikan Xera.

Xera setapak-setapak melangkah tanpa hala tuju yang tepat dan mungkin dalam separa sedar. Tapi dia puas! Puas dengan jeritan zahir tadi. Mungkin ketika ini langsung tidak dipedulikan makhluk di sekelilingnya. Kerna apa yang dirasai sekarang lebih penting dan tidak difahami sesiapa melainkan atas sana Tuhan dia. Fikiran buntu sampai menerawang tanpa batasan namun tiada apa dapat menyembuhkan rasa yang dilalui sebentar tadi. Eh! Ya baru beberapa minit tadi.
Jasadnya yang kini terhuyung hayang akibat tiada isi di dalam dan senang melayang. Ya! Tiada apa di dalam organ dalam badan kerna semua makin lama makin hancur sedikit demi sedikit akibat simbahan kata asid. Itu lebih baik dia biarkan saja asid menghakis satu persatu organ di dalam badannya. Mungkin itu lebih senang untuk dia merasa lega sementara.

“sampai hati kau! Suatu hari nanti keturunan sedarah daging kau pasti akan terima nasib yang lebih teruk dari apa aku terima!” jeritan batin pula memekak sambil dimamah kata-kata asid yang diterima beberapa minit yang lalu. Xera kemudian melalui suatu lorong yang semakin gelap cahanya. Peduli apa dia asalkan kaki ini mampu bergerak ke mana-mana sahaja yang boleh buat dia jauh dari makhluk dunia ini. Kalau boleh dia melangkah ke langit ke tujuh pasti dia akan terus berlari mengadu terus pada Tuhan dia yang satu. Tapi itu mustahil.

Sedikit demi sedikit pergerakan kaki makin perlahan seperti simbahan kata asid tadi mula menghakis organ luaran fizikal. “Oh! Tidak!! Kenapa kau kejam sangat sampai jasad aku kau hancurkan !!” sayup suara itu terlintas di corong hati yang hanya tinggal beberapa cebisan.
Satu persatu di lihat organ badannya dikikis perlahan-lahan, sambil matanya tepat melihat satu cahaya biru di hujung lorong itu. Xera cuba melangkah sedikit demi sedikit ke arah cahaya tersebut. Ya! Itu akan membawakan dia ke dunia lain. Dia mahu! Tak sanggup lagi Xera berada di dunia ini yang penuh dengan kekejaman. Namun apakan daya, semakin lama kata asid itu memamah organnya dan menghasilkan beberapa cebisan-cebisan kecil yang kemudiannya ditiup angin kuat sehingga berserakan di seluruh tempat. 

Cuma yang tinggal sepasang mata itu. Mata yang dulunya menjadi pemerhati menyampaikan rasa sayang yang kini dibayangi dengan sketsa kekejaman makhluk. Otak bersepai tiada fungsi, hati hancur cebisan tanpa rasa, yang pasti mata itu akan mencari semula kesemua cebisan organ dirinya untuk dicantumkan semula dan kembali dengan suatu janji yang pasti !

Xera masih hidup, Cuma cebisan-cebisan kecil yang mungkin kita sendiri pernah menjumpainya. pernah perasan tak? yang pasti Xera sahaja yang tahu apa yang dia lalui, moga dia menjumpai semula cebisan-cebisan hilang itu. 

No comments: