"Poetry doesn't have to ryhme, it just has to touch someone where your hands couldn't"

Friday, December 26, 2014

kau pegang apa?

sekali lafaz, akhirnya kau sudah milik orang,
apa rasanya dalam hati tu? bahagia kah? rugi kah? menyesal kah? seronok kah? mungkin ke arah rasa yang baik kan. tak gitu? semua dah jadi halal. tapi kenapa? kenapa muka kau tidak seperti orang yang bahagia? bahagia setelah dimiliki orang. tak perlu lagi kau perlu risau dengan kata-kata sang arjuna sebelum akad. tidak lagi kau risau siang petang malam apa sang arjuna kau buat di belakang kau. kau sudah miliknya! kau patut senyum bahagia! tapi kenapa??
soalan itu terbiar sepi..mungkin ada sebabnya yang dia sendiri mahu rahsiakan mungkin. atau masalah lain yang berlaku sama waktu dengan hari bahagianya. 

dari kejauhan...ku lihat anak-anak kecil riang ria bermain bunga mangga warna ungu yang bergelip-gelip. aaah! hanya seorang dua sahaja, yang lain sibuk mengadap tab, ipong bermain clash of clans. zaman sekarang. zaman kelahiran generasi internet. jadi jangan jakun sangat!
sambil termenung, terngimbau pula saat bahagia kononyer yang aku cipta sendiri. aaah! waktu itu semua dirasakan manis. sehingga manis yang ku tabur terlebih-lebih sampai dihurung semut. dan kini dibuang sepi kerna mungkin banyak sangat semut jadi siapa tahan!! hahaha. klise.

terngimbau pula saat yang pahit, sepahit-pahit pun pasti aku mahu manisnya di situ. tapi manusia. manusia mana pernah cuba memahami manusia lain. yang pasti dirasakan hanya ikut kata hatinya sahaja. sampai bila mahu ikut kata hati, kalau iman sendiri dah mati. tak gitu? bila dah penat mula mengalah katanya penat, dah bosan, tapi mungkin manusia juga lupa sampai masanya semua itu akan berbalik. tak diri sendiri akan terkena dengan darah daging sendiri. tapi itulah manusia mana pernah ada akal panjang. konon katanya ikut kata hati yang sebenarnya dah mati.

apa yang mampu orang senasib cenggini? mungkin akan rasa payah perit. tapi jangan risau lambat laun akan hilang juga tapi tetap terkesan. andai Tuhan kata kun fa ya kun, maka jadilah. untuk apa lagi letak harapan dalam kerisauan yang membuang masa. manusia rasa dia bahagia, kerna dia yang katakan dia bahagia. tapi sebenarnya bahagia itu sendiri bila kau bersyukur dan hargai apa yang kau sudah ada. bukan buang dan mencari yang kau sendiri tidak pasti sampai mana. manusia. buta dan tamak.

"tahniah kalsum, semoga kau berbahagia hingga ke anak cucu", ayat klise untuk rakan yang dah berkahwin. kononyer. skrip itu jer dalam kepala.

"yer terima kasih, kau pun, biarpun kau masih satu, hehe, kau cari kebahagiaan dalam diri kau sendiri, tak perlu harapkan orang lain tau! sebab aku seronok tengok kehidupan kau, biarpun bermacam-macam kau lalui aku tahu kau kuat. aku pasti orang yang buat onar dan buang kau tu menyesal sampai ke anak cucu dia, hidup ini panjang, banyak lagi sketsa dalam sketsa belum kau saksikan, yang penting doakan juga untuk dia sebab kau cintakan dia kan?", panjang lebar bebelan si pengantin ni. padahal satu hape pun dia tak menahu pasal aku. hahaha. sibuk stalk aku diam-diam la tu. ngok ngek yer kawan!

"okay baby, orang buat fuck kat kita, Tuhan balas fuck dekat dia! berehhh. ermm yep masih ada lagi dan aku pun tak tahu kenapa lah! tapi biarlah. lambat laun kalau rasa ni nak mati mati jugak. buat apa kan peduli orang dah bagi onar kat kita! hahahaha", kata dalam ketawa itu lebih baik untuk tutupi rasa pilu di hati.

"yes sayang, jangan risau, lambat laun akan hilang, banyak lagi impian kau belum tercapai kan? nanti dah berjaya jangan lupakan aku, pergi overseas ke, bawak la aku", sejuk sikit kata-kata yang keluar dari bibir kawan aku ni. 

"hisyh! yer aku tahu la sayangg oiii. dah dah cerita aku dah lama tamat, kau tu jangan dok bermasam-masam, apesal?"gaya brutal dah keluar dah. maklum lah kawan yang sebenar kawan yang terima baik buruk tanpa perlu kondem kita. ini lah dia !

"aku terlalu rasa bahagia, sampai aku risau Tuhan uji yang berat-berat, kau tahu kan aku ni cepat sensitifnya, lepas ni aku kena ikut suami aku duduk dengan keluarga dia, aku risau sebab aku belum cukup kenal siapa keturunan suami aku ni, terima aku ke tak, semua la aku fikir", ngadu pulak si pengantin ni dekat aku yang lagi tak menahu apa-apa.

"cenggini la, ini urusan Tuhan tau. kau dah sampai ke tahap ini patut kau rasa tenang sangat.. sebab satu daripada urusan dunia dan dosa kau pun berkurang. kau perlu rasa bersyukur tu tinggi sikit! bab family dia ke, apa ke, habit buruk dia ke, kau layan jer sebab Tuhan kata Dia takkan uji hamba dia kalau hamba dia tak mampu takat tu. kau patut rasa beruntung dan paling penting jadi diri kau, kau pegang lah sebab apa kau terima dia. kalau sebab rupa paras, jangan dia dah buruk kau nyampah pulak, kalau kau pegang harta dia, jatuh bankrap jangan kau lari pulak, kau sendiri tahu kan?", perghhhh ini ke ayat aku. yeaaah! ini semua Tuhan suruh aku cakap sampaikan kat si pengantin ni.

"yep aku tahu semua tu, dan aku tak menyesal pun sebab aku terima dia ,Tuhan tunjukkan dalam mimpi aku, dan masa tu aku yakin sampai tahap gaban! hahahaha", ketawa sokmo si pengatin ni, mimpi ape la tu, akhirnya aku mampu lihat dia ketawa bahagia di hari bersejarahnya.

Ku lihat perlahan-lahan dia kembali pada si suami yang ku kira lelaki melayu terakhir abad ini, poyo! hahaha. aku lihat dia genggam seerat-eratnya dan dia memandang aku sambil angguk tersenyum.
kau beruntung kawan, aku sentiasa doakan kebahagian kau dunia akhirat, ayat klise lagi.

Ku berlalu pulang, dalam perjalanan, hati sayu, sayu kerna apa pula takdir hidupku ku selepas ni, ya aku rindu, moga rindu ini aku letakkan dan mengadu pada Tuhan supaya tidak terlebih-lebih, katanya manis perlu disimpan. mungkin aku perlu mencari kemanisan hidup ku sendiri tanpa pergantungan yang sia-sia dari manusia yang tidak kekal di sisi aku. Tuhan permudahkan segala resah di hati, selamatkan perjalanan ku ini...



No comments: