"Poetry doesn't have to ryhme, it just has to touch someone where your hands couldn't"

Saturday, December 27, 2014

rupanya

kegilaan aku, bila ku bayang, makin lama jiwa melayang. mana mungkin akan terjadi.

tapi cukup untuk ku bait pada kata, kerna bila ku inginkan akan ku ulang bait kata ini untuk aku hadam jadi sebuah realiti rekaan dunia sendiri.

kita bersama, di ruang kegilaan ku, dipenuhi pelbagai jenis, warna, bentuk, rasa coklat yang buatku gila bukan kepalang. aaah! saat itu ku rasa indah. kau tahu kenapa?
kerna aku rasa coklat itu menjadi keakraban kita makin akrab, dan jelas kebahagiaan senyuman tawa terlukis di wajah kita. indah saat kita ikhlas meluangkan saat bersama tanpa perlu rasa ragu dan cela.
mana mungkin akan ada masalah, kerna kita di tempat kegilaan ku, tempat yang merubahkan segala duka menjadi suka, tawar menjadi manis, kusam menjadi warni... indahnya ku rasakan. 

setiap gelak tawa, gurau senda semuanya ku rasakan realiti dan tiada cacat celanya. malah, saat ini mahu ku berhenti kan seketika detik ini untuk aku hadam sepuasnya bersama diri kau. makin lama bayangan bertukar kepada rupa yang lain. ouh! ini sama sekali bukan apa yang ku mahu. aku mahu kita berada di ruang tersebut, bukan sketsa lain!

namun, apa kan daya, kau hanya memerhati merasai melalui bayangan realiti sendiri, tapi hakikatnya kau berada di ruang yang sunyi dan gelap. kau hanya diberi pinjaman beberapa minit untuk kau rasainya. dan masa telah tamat! tapi cuba lihat, ya! aku masih tersenyum. ouh! itu sudah cukup. kau berjaya memberi sebuah kebahagiaan untuk diri sendiri tanpa perlu masa, kudrat, pengorbanan manusia lain yang kau sendiri tahu itu semua helah yang bikin kau lelah.

akhirnya hari kau dimulai dengan senyuman kebahagiaan, biarpun itu ciptaan sendiri tetapi itulah yang asli. dan kau sendiri tahu kau tidak layak diberi peluang untuk berada di tempat itu, tapi cukup kau berjaya mencipta sebuah mimpi ngeri menjadi realiti indah. 

No comments: