"Poetry doesn't have to ryhme, it just has to touch someone where your hands couldn't"

Thursday, December 18, 2014

Tanpa sebab

Bila orang tanya kenapa?
Tiada jawapan mampu dia berikan.
Kasihan juga aku melihat.

tapi jelas sekali itulah cinta yang paling ikhlas.
Tanpa sebab untuk semua itu.
Dia tak lihat siapa kau, rupa kau, harta kau, buruk kau.
Kasihan aku melihat.

Tanpa sebab dia buat semua untuk makhluk itu.
Tanpa sebab dia relakan semua untuk makhluk itu.
Makhluk yang ku kira punya perasaan menilai.

tapi sayang, 
dia bukan manusia sempurna,
tanpa sebab yang kukuh, dia dimatikan sendiri oleh makhluk itu,
hanya kerana diri dia tidak sempurna.

tanpa sebab juga dia cuba relakan semua,
kerna tiada apa yang dia lihat pada makhluk itu sebagai sebab 
untuk dibuang seperti diri dia dihumban.

Aku hanya tahu kasihan tapi tidak mampu membantu.
kerna tanpa sebab juga dia mahu aku biarkan.

kini aku pasti!

tanpa sebab dia lalui hari dengan sekuat-kuatnya
tanpa sebab juga dia kata perasaan ini akan mati sendiri
tanpa sebab juga dia mahu menerima semua ini realiti
tanpa sebab juga dia pasti dia tidak akan kembali
supaya bila dia mati, 
dia kelihatan suci.

No comments: