"Poetry doesn't have to ryhme, it just has to touch someone where your hands couldn't"

Tuesday, January 6, 2015

Biarlah.



Sedang kita leka termenung pasti ada yang merenung, mungkin memikirkan apa yang kita renungkan. tapi tak akan pernah tahu kerna renungan ini datang dari dalam diri paling dalam.

"Kenapa berada di sini?"
"Tengah tunggu dia"

Terukir sebuah senyuman, lantas tunduk memastikan senyuman diberi penuh dengan rasa keikhlasan saat mata mula bergenang tenang. Sesungguhnya tiada yang mengerti apa maksud di sebaliknya. Kerna masih ada rasa yang pasti biarpun tidak dipeduli lagi. Biarkan saja air mata bergenang mengalir laju membasahi pipi yang makin hilang seri.

"Kenapa menangis?"
"Kerna dia sedang kesakitan"

Apakah ini tidak cukup untuk memberitahu rasa keadaan ku yang sebenar? atau mungkin yang di atas sana belum menyampaikan rasa yang sama. Tiada apa yang perlu dibuktikan lagi, melainkan atas keiizinan yang atas sana. Bangun melangkah kaki ke seberang menghampiri dia yang sedang tersenyum lebar. 

"Mahu pergi ke mana?"
"Mahu pergi meyambut dia yang baru tiba"
"Tetapi tiada sesiapa di sana"

Ya, mungkin bayangan yang ku anggap realiti mengunjung tiba. Biarkan, kerna aku masih menunggu ketibaan dia. Biarpun ia hanya sia-sia. Moga di satukan oleh Allah, menjadi yang halal. Membawa ke kuasa yang Maha Esa. Sabar aku di sini. Mengikut arus yang ada. Bangun, terjaga dari lamunan khayalan.

"Masih di sini? Jauh termenung"
"Masih....sehingga rasa itu hilang tanpa perlu dibilang"

Kalau ditanya adakah ada ruang rasa lain mendatang, aku sendiri tak ketahui. Rasa di hati seolah terpatri, sukar untuk diluput. Lambat pula nak lusuh. Setia di sini. Semuanya bergantung di atas sana.

Setinggi mana terbang, kalau termaktub di atas sana untuk kembali pasti dibentangkan seluas hamparan. Cukuplah menyemai taburan dosa. Biarlah masa terpisah lama asalkan hati tak dicemari lagi alunan cinta bisikan sang Azazil.


*credit to Oktober.

No comments: