"Poetry doesn't have to ryhme, it just has to touch someone where your hands couldn't"

Monday, November 30, 2015

Bermonolog

Monolog dengan diri bila semua yang difikir terhenti : tanpa jawapan yang pasti.

Lihat celoteh manusia yang makin rancak, gaya manusia yang makin membuntang mata, kehidupan manusia yang makin galak : kita makin sepi dengan senyuman plastik.
Ibu pernah bilang, "Jangan sekali bandingkan diri kita dengan orang lain terutama sekali materialistik"
Aku cuba hadam dan pendam ; untuk faham dalam-dalam. Mungkin ada dikit rasa itu, tapi cepat aku buang jauh-jauh ; sebab masih ada rasa syukur sama Tuhan. 
Tapi kadang kala terjatuh juga ; nama pun manusia. 
Setiap inci kehidupan ini penuh dengan propa dan kenyataan ; yang boleh aku bilang ikut nasib la.
Pernah sampai rasa malas nak hadap semua benda ; padahal bukan ada apa-apa kekangan pun.

Banyak kali ayat ini menerawang dalam fikiran tanpa ada sekatan ; "apa kau nak dalam hidup kau?"
Jawapan yang aku pernah jawab tapi tiada tindakan hanya 'konon' saja. Kesian juga dah cakap sama diri nak buat itu ini tapi masih syok berhalusinasi ; kosong.
Aku tahu keliling aku cuba untuk tunjuk, habaq mai perihal kehidupan yang bakal aku tempuh atau sedang aku tempuh ni ; supaya aku tak tersilap langkah.
Tapi aku hanya terima, angguk tanpa geleng dan biarkan ia sepi bertebangan tinggi ; hilang.

Bukan tak mahu bertindak, tapi tunggu sampai hentakan kat hati ni betul-betul padu ; dah mula la sikit-sikit.
Belajar apa yang perlu untuk persiapan diri kelak ; tapi aku tak suka dipaksa ; suka ikut rentak melodi diri.
Faham apa yang orang tua bilang ; cuma aku perlu kenal diri sendiri ; bukan sombong.
Siapa tak nak jadi baik, siapa tak nak digelar hebat, siapa tak nak disayangi Tuhan, siapa tak nak jadi solehah ; memang nak. 
"Apa-apa kau nak buat mula dengan niat, niat kau baik, insya allah jalan ada Tuhan bagi"
aku percaya benda ni, jadi aku bukan kanak-kanak kecil lagi : dah dewasa dah ; konon, cuma bagi ruang dan peluang untuk bergerak dari gerabak ke gerabak lain sehingga sampai gerabak paling akhir. 

Belajar dari khilaf diri perlukan masa dan hati yang betul-betul merasa ; tak nak hanya sembang ; tapi inti pati diri kurang. Yang dah mula bergerak aku ucap tahniah ; cemburu juga melihat anda yang berada dalam jalan yang mulia di sisi Tuhan, dihormati di sekeliling manusia, disebut-sebut dalam kalangan malaikat ; indah bak hang ; mulia betul insan seperti itu. 

"Everbody have a chance that always waiting them to grab it"

"But it possible that you dislike a thing which is good for you, and that you love a thing which is bad for you" [2:216]

No comments: