"Poetry doesn't have to ryhme, it just has to touch someone where your hands couldn't"

Monday, April 16, 2018

boleh jadi sebab kasihan dulu

Lama tak berceloteh dekat blog ni. Hampir beberapa tahun jugak la. Yerla masa zaman seronok menulis sebab rajin dan ada je benda nak story. Tapi bila makin dewasa macam ni , banyak simpan dalam hati je kalau tak tahan nak menulis tu diari banyak ada. 😂

Kenapa tiba-tiba rasa nak menaip semula? Hurm bukan apa rasa macam nak luahkan tanpa ada apa-apa respon dari sesiapa lagipun tangan tak lenguh nak menulis kat buku. Menaip lagi laju dan kebetulan tengah buat RPH untuk seminggu, so sambil menyelam minum air la ni. 😉

Umur dah nak masuk 25 tahun, aku masih belum mampu buat keputusan yang terbaik untuk diri aku sendiri. Kau bayangkan aku boleh rasa tawar hati rasa dah tak suka rasa malas nak ada ikatan dengan siapa-siapa pada waktu dan ketika orang tu nak datang merisik dah 😑. 

"kau memang buat hal ana".Huhu.

Bukan aku ni kejam atau ada orang lain ke apa tak. Aku taknak buat apa yg orang pernah buat dekat aku dulu. Sampai aku doa la dia mati cepat. Haaa aku taknak jadi macam tu, sebab risau gak orang doakan macam tu pulak dekat aku. *emosi kurang stabil waktu tu doa pun ke laut. 

Aku rasa aku lebih selesa untuk berkawan sahaja. Sahabat baik la. Tak lebih ke tahap untuk jadikan suami. Sebab apa boleh jadi macam ni, bila aku rasa hati aku makin lama makin tak teruja mungkin dari layanan dia dan apa yang dia cakap buat kan aku berharap dan akhirnya ia sebenarnya sia-sia je harapan tu. Cara dia cakap dekat aku memang rasa berbunga la tapi hakikatnya tak lama lepas tu akan jadi tawar dan basi. 

"Perempuan ni dia ingat sebutir-sebutir yang lelaki cakap, tambah apa yang dia cakap tu perkara yang serius dan sangat memberi keterujaan buat hati perempuan ni". 

Satu hal lagi, dia ni jenis yang akan buat ada sebab dan disuruh atau keadaan terpaksa. Aku teliti dan perasan benda ni dah lama sejak kami berkawan tapi aku tak ambil kisah sangat. Tapi bila dah sampai tahap ni, dia buat lagi aku mula rasa tak yakin yang aku boleh dengan dia dalam jangka masa yang lama.  

Dan sebenarnya penilaian yang aku buat dekat dia sejak kami berkawan lagi. Yer untuk peringkat kawan memang banyak hal aku buat tak kisah sangat tapi mula dia luahkan rasa dia dekat aku plus everything we went together buat aku berfikir banyak kali. Ini ke orang yang akan aku hadap baik buruk sampai akhir hayat aku?

Dari segi cara dia bekerja memang aku tabik spring tapi dari segi pengurusan financial dia, cara layanan dia masa kawan dan masa jadi partner aku, action dia semua buat aku akan berfikir dua tiga kali dan lebih dari tu sebenarnya. Aku bukan berkira bab duit sepanjang aku kawan dgn dia tapi apa yang aku lalui dengan dia, macam mana dia dengan kawan-kawan dia buat aku rasa tak selesa sebenarnya dan dalam masa yang sama aku tak hairan kalau kawan perempuan yang dia rapat sebelum ni berpisah dengan dia. Cuma aku jenis tak ambil kisah sangat dan aku rasa dia bukan macam apa yang orang cakap. Tapi tulah...takkan aku nak simpan lama-lama nanti aku sendiri yang merana. 

Aku ni pun banyak nak perbetulkan, dia mampu ke nak hadapi peel aku yang sebenar nanti? Sebab aku sendiri tahu tahap dan kemampuan diri aku dan aku perlukan orang yang dapat mengisi dengan cara yang aku sendiri selesa dan tanpa ada rasa yang negatif dalam hati ni. Kalau boleh memang aku nak dia jadi suami aku suatu hari nanti tapi sampai bila aku nak ketepikan apa yang aku rasa dan boleh ke aku serasikan diri aku?

"Ya, Aku tak mampu dan aku rasa penat untuk mengelak dari percaya dengan realiti hati ni".

Kalau dia tak mampu (bukan dari segi duit je tapi hal penting yang lain) aku rasa dia tak patut pasang niat untuk ke arah yang lebih serius. Better dia siapkan segala apa yang patut. Waktu itu dia pun boleh buat pilihan dia sendiri bukan kemahuan dan kehendak yang dia sendiri tak pasti. Mungkin orang kata rezeki datang lepas kahwin tapi kalau sebelum bina masjid pun asasnya dah goyah, kau rasa masjid yang dibina nanti tersergam indah atau tunggu masa nak rebah?


Aku hanya mampu berdoa supaya aku dan dia diberi kekuatan dan petunjuk untuk memilih haluan dan pasangan yang betul. Aku taknak tipu diri aku yang kononnya aku betul bahagia sedangkan aku banyak memendam rasa agar dia tak terasa.

No comments: