"Poetry doesn't have to ryhme, it just has to touch someone where your hands couldn't"

Monday, December 14, 2015

sempurna

Hati tetiba tertaut pada yang silam.
Masih ada sisa hiba dan rasa perit yang amat. Ya, mana mungkin akan pernah luput dari ingatan. Ingat untuk kita tahu siapa ada manusia persis itu di dunia ini.

Dia jauh lebih sempurna ; mungkin. Azalinya tiada yang sempurna melainkan Dia Yang Esa. 
Manusia mana kisah, yang penting kepentingan dan kepujian diri diutamakan. Sedangkan kita mesti memilih barang yang paling cantik untuk dibeli, apatah lagi manusia pasti rupa utama.

Pilihan itu satu keperitan, Untuk pilih yang sempurna itu hak setiap manusia. Kita jangan pernah anggap manusia ini semua hati mulia, sedangkan nafsu yang diutamakan. Tuhan sebaik perancang, kita hambaNya sebagai penggerak pada jalan cerita yang dilakarkan. 

Dulu sering aku persoalkan itu ini, kenapa begini, sampai satu saat Tuhan tunjuk depan mata. Semua yang Dia buat demi kebaikan aku sendiri. Bersyukur kerna sempat berpatah menuju jalan pulang dari terus bersama dengan khilaf dunia. Tuhan masih sayang dan beri peluang. Untuk apa lagi kita bandingkan dengan manusia lain? 

Putuskan terus hubungan dengan manusia yang bawa kita ke maksiat, dan kembali terus kuatkan hubungan dengan Tuhan pasti hidup kau bahagia amat. Dan.. bila kita mampu lakukannya, kita berjaya, itu kejayaan besar buat diri kita. 

Pernah kita mahu melihat kisah yang dibawanya, tapi ia hanya akan membuatkan hidup kita dibelenggu dengan rasa yang tidak bagi untung. Kita layak untuk gembira dan terus bersama mereka yang sentiasa ada dengan kita. Kenapa kita masih perlu toleh pada yang suka menoreh luka? Jangan.

Kerna dia akan terima apa sepatutnya, kita yang sudah diberi rasa sedar terus pandang ke depan, ramai lagi manusia yang bakal kita jumpa dan adegan yang bakal kita mainkan. Kita rasa hidup dia sempurna, tapi hakikatnya jauh lebih merana. Sempurna itu kau akan perolehi dengan pertemuan yang diatur olehNya. Rahsia tau. Suprise from God is the best ever! 

Tuhan dah tunjuk semua depan mata, jangan pernah lupa setiap satunya. Bersyukur sebab masih diberi peluang dan ruang. Kita patut rasa beruntung. 

Sehingga saat ini, biarpun kesan rasa silam itu masih bersisa, tapi paling aku bersyukur sangat hidup aku lebih bahagia dan tenang, sebab Tuhan bagi banyak benda yang aku sendiri baru sedar. Hadirnya manusia yang sempurna dan membahagiakan itu anugerah. Rezeki Tuhan itu luas dan banyak caranya. Jangan pernah berhenti percaya dengan aturan Tuhan ; sebab aku sudah lihat dan rasai segalanya. 

Terima kasih Tuhan.

No comments: