"Poetry doesn't have to ryhme, it just has to touch someone where your hands couldn't"

Sunday, September 9, 2018

Heart

Setiap hari, hati ini banyak berbicara sendiri. Kadang-kadang ada jawapan tapi kebanyakannya tidak ada. Rasa yang perit ditanggung sendiri dan hilang dalam kegelapan hati. Itulah setiap hari hati ini akan rasa dan pendam. 

Perit? Ya amat sangat. Pedih sampai tak dapat digambarkan dengan kata-kata. Hina pasti ada.

Hati ini semakin hari makin hitam mungkin berkarat dek tanggungan dosa lalu dan sekarang. Tak pernah serik buat dosa hati. Kesian dengan diri sendiri. Ya kesian dan beribu ungkapan maaf dibisikkan pada hati ini yang makin lama makin sakit. 

Dosa? Hanya hati dan Tuhan saja yang tahu apa yang ditanggung. Apa lagi yang dipendam lama. 

Mungkin hati ini tak pernah kenal erti syukur dan selalu alpa dengan apa yang Tuhan bagi. Nafsu bergelora pada yang hitam. Tak pernah serik dan belajar untuk berubah. Ya kesian hati aku.

Hati ini hitam. Mungkin kalau dibuka dan dilihat, aku sendiri malu untuk tatapnya. Berapa banyak muhasabah diri tetapi hati ini tetap kalah dek perkara yang kecil dan lebih beria-ria untuk buat perkara jahat. Hati ini penat tapi hati ini tetap tak pernah serik. Kenapa?

Soalan itu terbiar sepi tanpa jawapan. 

Tapi jauh di sudut hati ini, ada satu nur yang menyedarkannya dari buat perkara bodoh dan sia-sia. Ya masih ada cahaya yang membantu hati ini untuk terus bertahan dan hidup dalam diri yang hina ini.

Maafkan aku wahai hati kerana disebabkan tangan dan kaki ini kau bertukar menjadi hitam sehina-hinanya. Tapi diri ini tetap tidak pernah putus asa untuk cuci dan bersihkan kau untuk bertemu pencipta. Ya hati ini setiap hari ada kata-kata yang dibina sendiri untuk tetap bangkit walau berpuluh kali jatuh tersungkur.

Hati ini perlu banyak belajar dan terus bermunasabah. Ya hati ini keras dan suatu masa nanti nur di hati ini akan memenuhi ruang diri ini untuk terus bangkit dan jadi baik.


No comments: