"Poetry doesn't have to ryhme, it just has to touch someone where your hands couldn't"

Saturday, March 9, 2019

Tuhan tak kejam

Sambung pada topik lepas, ya memang ambil masa yang lama to write back and you need that huge mood tho.

Bakal hidup dengan seorang PLHIV? Jijik ke? Selamat ke? Boleh tahan lama ke? So many questions we can ask but then who can answer it? 
Yes, only God knows. No matter what you create the answer and the strength all from Him.

Bagi aku, memang mulanya gusar, dan of course kalau berfikir secara normal penuh dengan stigma yang sangat negatif dan menakutkan. Tetapi aku sangat bersyukur sebab Tuhan kurniakan aku satu ibu satu ayah dan satu keluarga yang sangat memahami dan membantu aku serta orang yang berada dekat dengan aku. Seperti dia.

PLHIV. Mereka juga insan biasa yang inginkan suatu kehidupan normal seperti orang lain. Ya, kebanyakan PLHIV yang aku kenal dan tidak sengaja kenal, orangnya bijak dan tidak terlintas dek akal mereka ini 'bodoh' untuk terlibat dalam perkara macam ni. Jujur aku cakap. Tetapi itu ujian yang berupa ANUGERAH untuk mereka sedar dan tidak berasa bangga dengan kelebihan diri yang ada. Tuhan itu Maha Kaya. Dia lebih tahu pada siapa dia inginkan turunkan UJIAN ANUGERAH. Aku dan kita manusia normal tidak berhak sama sekali untuk menilai dalam bentuk akal fikiran kita yang tidak punya ilmu hakikat yang sebenar. Kerna...


Di sebalik sakit ada penawarnya. Bagi masyarakat di luar sana mahupun doktor menganggap PLHIV mempunyai satu darah kotor atau virus yang menyebabkan sistem dalam badan rosak jika tidak disiplin mengubatinya. Tetapi sampai bila stigma itu terus membelenggu akal fikiran manusia?

Tuhan tak kejam, kita manusia yang kejam dengan diri sendiri. Meletakkan sesuatu bukan pada tempatnya, sehingga menyebabkan Tuhan marah dan hadirkan HIV. Yes, logically HIV can't be treated and be cured. But for me yes there have a cure. 

Believe. Believe. Believe. 

Untuk seorang wanita yang bakal menerima seorang suami PLHIV itu tidak membantutkan pemikiran aku untuk percaya ada penawarnya. Dan Tuhan itu telah tunjukkan jalan penawarnya dengan hadirnya mereka yang sangat berharga dan bernilai serta usaha ke arah meletakkan Nur pada tempatnya. Kalau aku ceritakan tidak semua manusia mampu percaya dan faham. Hanya ilmu dan hati yang bersih bisa melihat penawarnya. Kembalikan Nur pada PenciptaNya.

Percayalah, jangan terus menghukum dan membuang insan yang bergelar PLHIV kerana mereka dihadirkan dalam hidup kita untuk dibantu, diberi sokongan, diberi dorongan, diberi peringatan dan untuk KITA JADI ORANG YANG BERMANFAAT.



No comments: