"Poetry doesn't have to ryhme, it just has to touch someone where your hands couldn't"

Thursday, June 23, 2022

Terlalu rasa muak

Menyampah. Sedar. Muak. Sedar. Melimpah keluar.

Permainan perasaan dalam diri aku sendiri. Tapi aku memang nak layan perasaan tu sebab dah bertubi-tubi rasa perasaan macam tu.

Bukan sebab sesiapa tapi diri aku sendiri yang tak boleh terima. Pantang kalau orang tak berpihak pada aku dan menyalahkan aku semata-mata. Tak terima apa alasan aku sebab situasi terdesak macam tu. Aku tak sengaja tapi dianggap satu musibah yang tak pun terjadi sebenarnya.

Aku cepat menyampah dan muak. Muak nak terima situasi macam tu. Lebih baik hidup sendiri mungkin. Sampai itu sekali keadaan apa yang aku rasa sekarang. 

Salah siapa? Aku tak salahkan sesiapa. Tetapi keadaan yang buat aku rasa macam ni.

Dan aku pasti semua orang pernah merasainya. Cuma berbeza tahap mungkin. 

Aku bukan seorang yang sempurna tetapi aku pun tahu bila patut melepaskan rasa yang tidak sepatutnya betul pada tempatnya. Jangan sampai orang yang kau sayang lari menjauh pergi begitu sahaja.

Tetapi orang sekeliling tak akan faham atau boleh cuba faham. Memang tak akan berlaku. Hanya diri sendiri sahaja boleh betulkan semua situasi ini.

No comments: