RK

"Poetry doesn't have to ryhme, it just has to touch someone where your hands couldn't"

Saturday, December 17, 2016

Kerja menaip

Assalamualaikum.

As a student i know what student needed, So here i want to do some 'job' for make things easier. 

Sesiapa yang perlukan pertolongan untuk menaip, mendesign boleh dari hasil kerja saya, yes saya sedia memberi khidmat. Well! Now im free sebab dah habis belajar, So im here for doing a good job. 

Saya mahu mencari peluang untuk membantu mereka yang kesuntukan masa untuk menaip dokumen, jurnal, laporan, surat, buku, kertas kerja, artikel, karangan, novel, apa sahaja bentuk dokumen serta membuat slide show presentation (ikut idea kreativiti saya pun boleh), design by photoshop dan cover page (segala bentuk design) boleh untuk saya lakukan berdasarkan pengalaman saya semasa belajar. Saya pelajar dari bidang visual art from IPG. So trusted person okay :)

Software yang boleh saya kendalikan dan gunakan untuk job ini adalah microsoft words, microsoft power point, adobe photoshop, adobe illustrator sahaja. Ini software yang betul saya pakar dan kuasai. Bila kita mahir dengan software yang kita guna, so kerja lebih mudah.

Sebarang permintaan sendiri atau idea sendiri boleh turut dipertimbangkan. 
Sebarang pertanyaan terperinci boleh terus hubungi saya seperti tertera di bawah :

Nom telefon (whatsapp/telegram) : 0172981940
Gmail : nawwa4993@gmail.com

Sebelum itu, harga setimpal dengan design atau kerja yang diberikan. Dont worry niat untuk membantu dan mengisi masa terluang dan untuk tajamkan skills yang ada sebeum mereput. So gais do contact me okay?


Thank you.


Sunday, September 25, 2016

cuba untuk makin tenang

gerimis rindu buat insan yang baru mula jelajah dalam hati yang serba rumit ini.

Masih laku rupanya diri ini (ketawa dalam tangis hiba)

Tenang. Satu perkataan yang boleh buat hidup kau berlalu sempurna dan terus digilai bayang.
Syukur. Tuhan banyak duga sebab Tuhan nak beri sesuatu yang lebih sempurna, untuk hati yang pernah rabak akibat perbuatan sendiri. 

Diri ini perlukan pembelajaran dari manusia yang tahu untuk mengajar bukan hanya tahu bersikap kurang ajar dan bukan dari penipu tegar. 

Cukuplah Tuhan kenalkan dengan manusia yang jaguh dalam medan penipuan. Cukup handal cukup tangkas, tapi tak akan lama selamat apabila nama Tuhan ku semat. Kerna tersilap langkah aku makin kacau, ketenangan yang ingin ku bina ranap punah.

namun, itu suatu ketika dulu, kini Tenang dalam sayang. Bibir ini tak berhenti ucap kata syukur, digantikan dengan insan yang mengubah persepsi benci kepada sayang, takut kepada berani, rindu pada Dia dahulu. Satu persatu Tuhan buka mata untuk lihat manusia yang dulu kau tidak pandang, tidak pernah untuk kenal rapat akhirnya ditemukan dalam satu ketika yang kau sendiri tidak duga.

Hebat caturan Tuhan. Aku kagum. Jangan terlalu berharap pada semua, nanti hati penuh dengan cela. Apa yang kita lakukan ini niat mesti atas nama Dia. Lagi sekali aku belajar. Belajar dan terus belajar.

dia bukan ku kira cukup sempurna tapi masih cuba untuk belajar ilmu agama, ku lihat dia terus cuba tapi ada ketika dia jatuh juga. itulah namanya manusia. sedangkan aku sendiri pun sama.
tapi aku tidak akan menghukum, kerna manusia sendiri mana bisa sesempurna makhluk. Cukup ingat mengingati antara satu sama lain kerna ilmu Tuhan itu luas dan bermacam segi.

Tenang bila kau dipertemukan dengan insan-insan yang hatinya penuh kasih sayang bukan hanya tahu sembang. Moga terus dan terus aku bersama insan yang luhur dan jujur dalam berkasih sayang. Cukup lah belajar dari manusia yang berhati binatang. dan moga diri ini tidak terlalu taksub dengan hal manusia, sibukkan perbaiki diri agar Tuhan tunjuk jalan yang Dia redhai.