"Poetry doesn't have to ryhme, it just has to touch someone where your hands couldn't"

Saturday, March 9, 2019

Tuhan tak kejam

Sambung pada topik lepas, ya memang ambil masa yang lama to write back and you need that huge mood tho.

Bakal hidup dengan seorang PLHIV? Jijik ke? Selamat ke? Boleh tahan lama ke? So many questions we can ask but then who can answer it? 
Yes, only God knows. No matter what you create the answer and the strength all from Him.

Bagi aku, memang mulanya gusar, dan of course kalau berfikir secara normal penuh dengan stigma yang sangat negatif dan menakutkan. Tetapi aku sangat bersyukur sebab Tuhan kurniakan aku satu ibu satu ayah dan satu keluarga yang sangat memahami dan membantu aku serta orang yang berada dekat dengan aku. Seperti dia.

PLHIV. Mereka juga insan biasa yang inginkan suatu kehidupan normal seperti orang lain. Ya, kebanyakan PLHIV yang aku kenal dan tidak sengaja kenal, orangnya bijak dan tidak terlintas dek akal mereka ini 'bodoh' untuk terlibat dalam perkara macam ni. Jujur aku cakap. Tetapi itu ujian yang berupa ANUGERAH untuk mereka sedar dan tidak berasa bangga dengan kelebihan diri yang ada. Tuhan itu Maha Kaya. Dia lebih tahu pada siapa dia inginkan turunkan UJIAN ANUGERAH. Aku dan kita manusia normal tidak berhak sama sekali untuk menilai dalam bentuk akal fikiran kita yang tidak punya ilmu hakikat yang sebenar. Kerna...


Di sebalik sakit ada penawarnya. Bagi masyarakat di luar sana mahupun doktor menganggap PLHIV mempunyai satu darah kotor atau virus yang menyebabkan sistem dalam badan rosak jika tidak disiplin mengubatinya. Tetapi sampai bila stigma itu terus membelenggu akal fikiran manusia?

Tuhan tak kejam, kita manusia yang kejam dengan diri sendiri. Meletakkan sesuatu bukan pada tempatnya, sehingga menyebabkan Tuhan marah dan hadirkan HIV. Yes, logically HIV can't be treated and be cured. But for me yes there have a cure. 

Believe. Believe. Believe. 

Untuk seorang wanita yang bakal menerima seorang suami PLHIV itu tidak membantutkan pemikiran aku untuk percaya ada penawarnya. Dan Tuhan itu telah tunjukkan jalan penawarnya dengan hadirnya mereka yang sangat berharga dan bernilai serta usaha ke arah meletakkan Nur pada tempatnya. Kalau aku ceritakan tidak semua manusia mampu percaya dan faham. Hanya ilmu dan hati yang bersih bisa melihat penawarnya. Kembalikan Nur pada PenciptaNya.

Percayalah, jangan terus menghukum dan membuang insan yang bergelar PLHIV kerana mereka dihadirkan dalam hidup kita untuk dibantu, diberi sokongan, diberi dorongan, diberi peringatan dan untuk KITA JADI ORANG YANG BERMANFAAT.



Tuesday, February 5, 2019

Terima jalan Tuhan atau tak kenal hak Diri.

Fasa bertunang mungkin fasa di mana kau punya rasa sayang makin bercambah, bibit perasaan cinta makin mekar. Tapi bukan pada aku.

Apa yang aku rasa adalah amanah dan tanggungjawab yang aku sendiri tanpa sedar tanpa berfikir panjang terima sebulatnya. Menerima seorang yang PLHIV. Takut. Perkataan ini yang dulu aku sering dengar di sekolah dan sama sekali aku tidak ambil pusing kerana aku rasa itu bukan hal aku. Buat apa perlu kesah?
............................................


Bermula....

Bila satu hari berita mengenai dia keluar dari mulut dia sendiri. Waktu itu aku terdidam dan tak mampu nak kata apa-apa. Air mata cukup beri jawapan pada tika itu. Kenapa? Aku dipertemukan dengan orang sebegini. Hina. Jijik. Itu fikiran aku pada mulanya pada tika dalam kepala penuh dengan hasutan syaitan. Tapi tidak terkeluar sepatah.

Sejak aku tahu keadaan dia mempunyai virus HIV. Hubungan aku dan dia macam biasa, seakan itu hanya cerita mimpi. Ikutkan hati memang aku sendiri nak tamatkan hubungan ini tapi ada satu kata-kata yang kuat dalam hati ini pimpin dan bantu aku untuk terus kekal dan jangan berganjak. Teruskan. Teruskan. Teruskan. 

Tapi sebab apa? Kenapa? 

Dia bukan sehebat mana, ada lagi lelaki yang lebih sempurna dari dia. Lebih stabil dan penuhi ciri yang aku idamkan. Tapi kenapa aku masih teruskan. Dilema di hati waktu itu tak dapat terungkap dengan kata. Aku berkenalan dengan orang baru untuk cuba buka ruang lain dalam hati ini dan aku beritahu pada dia. Tapi tindakan dia pantas, terus masuk merisik. Walhal aku beritahu supaya dia lari jauh dari aku dan beri aku peluang kenal dengan orang baru. Tapi sangkaan ku meleset. Siapa dia untuk aku arasa dia akan bertindak sebegitu, padahal aku sendiri patut beritahu jika aku tak mahu dia. Tapi aku hanya 'follow the flow'.

Dia masih tidak putus asa. Malah tampil berani bersemuka dengan orang tua aku.

Pelik, Tapi hati ini tidak menghalang malah seperti dipukau dek tindakan dia yang ingin terus bersama aku. Kenapa aku? Sedangkan aku tidaklah sempurna mana. Banyak celanya juga. Jika nak dibanding dengan orang lain dan kawan-kawan dia yang ramai ada lagi yang lebih layak dibanding aku. Kenapa....

Dan...

Pernah terlintas atas sebab apa dia ingin bersama aku adakah aku ini senang diperbodohkan atau apa? Semakin rancak hasutan dalam kepala aku tanpa sedar aku sudah bertunang dengan dia dalam status yang aku tahu dia PLHIV.

Bodoh ke aku ketika ini? Tanpa pengetahuan wali aku dan ibu aku. Aku seorang yang utamakan keluarga aku tapi kerna dia aku teruskan hingga bertunang. Sebab apa? Soalan yang aku paksa diri aku untuk jawab seikhlasnya. Dan apa yang terkeluar....

"Aku mesti tolong dia sampai habis"


.........sambung